Alhamdulilah baru sampai dari Miri.... semestinya diet ku hancur sehancur hancurnya... Selepas shopping baju anak2x kat Emart.. semestinya lapar giles... Asben aku ajak makan kat D selera Kelate Miri.... x ingat diet dah .... dah tu....order Nasi Kerabu + air teh.... lupa terus dah carbo tuh ... Bukan setakat tu.. check in Hotel...rehat sekejap... pastuh gi round Bintang Plaza.... sekali melantak Big N Tasty Mc D+ Coke... Hancus giler dh.....
Malam tu sedih.. sebab mensia siakan usaha selama ni.... tapi hari ni masih x insaf.. dah alang2x hancus.. haha.. makan nasi 2 kali nasi ayam lalapan plak tu.. baliknya makan burger McD lagi.. Astaghfirullah
Xpalah.. ingat Isnin nanti nak mula balik induction...... mudah mudahan kali ni x kantoi lagi.....
Doaku untuk anakku
" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
caiyok ziela..kau boleh punya..hehe
ReplyDeletesama la nga aku..makan je skang ni..x leh la asyik lapar lah..hehe