Doaku untuk anakku


" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Thursday, April 10, 2014

Pengalaman bersalin Hanis 35 minggu 2hari

Lama dah x update ..... berhabuk dah blog aku ni.... fuh fuh fuh..

Hari ni dah genab sebulan Hanis dilahirkan...tapi pengalaman bersalin Hanis masih segar dalam ingatan n kenangan manis sampai bila2

10.3.2014 - Isnin
hari ketiga kehilangan MH370

6.30pagi
Seperti biasa aku kesekolah. Pagi tu jadual kelasku agak ketat. Bermula pukul 7.00-7.30  ada perhimpunan pagi. Tapi hari tersebut perhimpunan sekolah di tangguhkan disebabkan minggu ujian untuk tahun 5 dan tahun 6.

7.30-8.30 kelas matematik tahun 5. Xda benda heavy yang aku buat, cuma edar kertas ujian . Tapi lepas je edar kertas.. aku rasa sakit perut mcm senggugut. Mula2 aku x endah tapi bila dah sakit tu datang sekejap sekejap, Aku mula amik kertas omr yg lebih tu n start catat masa sakit perut tu datang. Since pengalaman bersalin ketiga tiga anak sebelum ni berbeza2, jadi aku tak tahu yang keempat ni macammana plak.

Abis kelas tu aku masuk plak kelas kedua
8.30-9.30 kelas English tahun 1. Kelas yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Kelas yang memerlukan aku sentiasa berjalan seluruh kelas untuk mengawal keadaan murid dan memastikan semua murid mengikuti aktiviti kelas.

Sakit perut aka kontraksi semakin kerap. Tapi aku masih x pasti sebab, kadar kontraksi tidak sekata (padahal tempoh tersebut dh 2 in 10 dlm bahasa nurse). Tempoh masanya 7 minit 8 minit ada yg 6 minit... dan ada sekali tu selang 3 minit. Aku sebenarnya kurang faham istilah kontraktion sekata.

Kelas pada hari tu aku berjalan dari meja ke meja murid perlahan jer sambil menahan kesakitan yang aku x berapa pasti sama ada kontraktion or sekadar braxton hick.

Aku bertahanla jugak sampai abis kelas tuh.. cepat2 ke bilik guru nak berehat sebelum ke kelas lepas rehat tuh.

Pada mulanya aku cadang nak balik rumah lepas kelas terakhir lepas rehat iaitu pukul 9.50 - 10.50. Masa dibilik guru sakit perut aku menjadi jadi. Aku minta izin nak balik awal n nak berehat kat umah.

Kawan2 1 bilik guru dah mula kecoh tengok aku kesakitan. Segan gak.. aku x bermaksud nak buat kecoh pun. Semua gara2 aku nak balik drive sendiri.  Kakak senior yang duduk sebelah meja ku offer nak hantar aku balik. Aku iakan je sebab malu + sakit.

Aku request hantar balik umah mertua aku jer n berehat kat sana.
Oleh kerana sepanjang perjalanan 5 minit tu aku 2 kali kontraktion,  Maka kakak tu corner masuk hospital sebab kebetulan kontraktion aku datang kat simpang hospital nak masuk spital.

Sampai spital je terus ke ward bersalin. Semuanya berlaku dengan pantas. Sedar x sedar aku dh ada kat katil dalam labour room. Aku sempat tgk jam pukul 9.40 am.

Staf nurse ready nak check bukaan, 8cm katanya... sementara nk tunggu full, nurse yang bantu tu interview aku

pukul berapa start sakit

Anak paling kecik umur berapa

Tu je soalan yang aku ingat

Tiba2 aku rasa baby dh nak keluar.. aku cepat2 panggil staf nurse yang jalan2 sebab nak tunggu baby kuar...

Tiba2 dia jerit" ok.. it coming"
Alhamdulilah syukur pada Allah...dengan sekali teran Hanis pun lahir kedunia.

Jam 10.04 pagi
baby girl
berat 2.2kg
ofc 29cm
panjang 46cm