Doaku untuk anakku


" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Saturday, September 2, 2017

Aku mengandung lagi ???

21.8.2017 - sepatutnya miss P aku datang hari ni.. sampai tengah hari aku tunggu  x juga ada. Aku ready dah pakai pad pergi kerja hari ni. aku tak expect langsung akan mengandung lagi. masa rest tengah hari aku pergi watson try nak cari upt. Aku belila brand Dip n Tell yang kebetulan ada promo beli 2 free 1. RM13++. Sampai ofis aku x sabar sabar nak cek. Biasanya Miss P aku x pernah lambat walau sehari. Kalau awal sehari dua tu biasa. 

Jeng jeng jeng. 

Double line... adoi... terang plak tu... sangat2x terang... so suprise... Aku jadi keliru dengan perasaan aku sekarang. Ya aku redha dengan rezeki yang dikurniakan. Cuma bermacam-macam yang bermain difikiran aku terutamanya tentang cuti aku yang dah abis guna 300 hari.. waaaaa... mulala google tentang cuti separuh gaji cuti tanpa gaji cuti menjaga anak. Alhamdulillah aku lega....

Aku flash back balik... patutla seminggu sebelum peod payudara aku sakit yang amat huhu.. Macam-macam aku fikir . Aku jadi down bila aku tanya pakcik google jawapan dia semua negative. Aku dah plan nak jumpa doktor nak buat mamogram. Tapi oleh kerana kengkangan tugas aku tangguhkan dan tunggu masa yang sesuai. Selain tu kaki aku kram malam2x. Masa pregnan sebelum ni takda pun masalah-masalah gini. Mungkin faktor umur jugak. Umur dah lanjut katakan. 

Paling aku risau aku ni on medication amik ubat darah tinggi, tentu tentu ubat yang aku amik sekarang ni x sesuai dengan kandungan aku. Serba salah aku dibuatnya. nak makan x ubat tu. Akhirnya aku amik keputusan pergi klinik ibu dan anak. Janggal rasanya sebab lama dah x jejak klinik tu hahaha. 

23.8.2017
Aku masuk je klinik tu aku aku rasa semua orang tengok aku. padahal orang tak heran pun. Perasaan aku je. Aku ke kaunter, nurse tu tanya tujuan aku. Aku kata nak cek kehamilan. Opss Sorry cik kak. Skarang dah pukul 3 dah lewat. Minggu ya datang.... Tapi nurse kalau saya nk jumpa doktor je boleh. Kenapa ye, sebenarnya saya ni cek sendiri macam positif mengandung, dan dalam masa yang sama tengah makan ubat darah tinggi, boleh ke saya teruskan ubat tu? 

Nurse tu jadi serba salah, dia suruh aku tunggu sekejap. Pastu dia keluar balik dan benarkan aku cek kehamilan seterusnya buka buku merah. Inilah buku merah aku yang paling awal aku bukak. Seawala kandungan 4 minggu 1 hari hahaha...  dapatla aku jumpa doktor dan dapat ubat darah tinggi yang sesuai untuk orang mengandung. 

Maka bermulala rutin aku setiap bulam ke Klinik. Hmmm rezeki. 
Malam tu aku confess tentang kandungan aku kat suami. Suami aku hanya senyum dan cakap Alhamdulillah Tahniah.... itu jer? alahai... hahaha

Minggu depan aku akan scan sebab scan hari tu masih belum nampak. sebab doktor nak pastikan LMP yang aku bagitahu hari tu betul ke tidak..

K nanti lepas scan aku bagitahu lagi apa resultnya yer.. 
Doakan aku yer dapat menempuh semula tempoh mual dan mutah muntah aku dengan baik. Insyaallah.

Thursday, November 6, 2014

Ketumbuhan dalam hidung

Assalamualaikum.....

Hari ni 13.09.2014
Pada 13.04.2014 5 bulan yang lalu aku dimasukkkan ke hospital. Sebab?....Ketumbuhan dalam hidung..... Pada 14.04.14, aku pertama kalinya masuk ke bilik bedah. Bak kata doktor yang bakal membedah aku tuh iaitu Dr. Tan, aku akan di bius tidur bermaksud aku akan dipengsan untuk seketika sepanjang pembedahan. Berdebar pun ada gak. Tak pernah... siap kena bagi ubat tenang sebab darah aku tak menentu. Mujurla Cik Asben ada jadi peneman. Kurang sikitla gemuruh aku nih....

Punyala panjang intro, sebenarnya aku kena bedah sebab di diagnos ketumbuhan dalam hidung....
Asal usulnya.. aku selalu berdarah hidung.... sejak bulan 11 2012. setiap 2 minggu hidung aku berdarah... tapi masa tu ketumbuhan tu belum membesar lagi.... 

Memandangkan hospital di tempat aku takda pakar ENT. Maka aku pun di refer ke Hospital Miri.... pada 20.01.2014... tu pun naik ambulan... konon emergency sebab aku tengah pregnant 28 weeks. Kat Miri aku duduk wad 4 hari. Pihak ENT hanya mampu buat biopsy. Tu pun buat tanpa bius.... Allah je tahu sakitnya kena cabut isi hidung hidup hidup tu....semua sebab aku pregnant... ubat ubatan pun terhad. Sudahnya aku hanya dibekalkan Antibiotik, Penyembur Garam Neil Shield. Rawatan Susulan hanya dibuat pada 7.2.2014.

Pada 7.2.2014 hanya rawatan susulan yang biasa biasa sahaja nak tengok keadaan ketumbuhan takut membesar. Tiada ada apa apa perubahan dan Hasil Biopsy ialah Nasal Polyps. Rawatan seterusnya pada 7.3.2014. Aku semakin bedebar sebab masa tu kandungan aku dah masuk 34 minggu.. Kalau ikut sejarah anak anak yang sebelum lahir pada 33, 34 dan 35 minggu. Sedangkan tempat aku nk ke Hospital Miri (Pakar ENT) perlu lalu Negara Brunei Darussalam. So aku ambil keputusan tak pergi appointment tu. Tunggu bersalin baru set appoiment baru.

Masa tu Ketumbuhan dalam hidung aku dah semakin membesar. Sebelah hidung aku dah tersumbat (Fully Block). Dan pada masa aku bersalin pada 10.03.2014 (35 wks 2 days) ketumbuhan tu dah semakin aktif membesar serta menolak sedikit batang hidung dan hidung aku kelihatan sedikit senget.

Setelah dua minggu berpantang aku set appointment baru di hospital kuching. Tak perlula aku berulang alik kerana ada keluargaku ada disana. 24.03.2014 aku ke Klinik Pakar Hospital Kuching. Masa tu Ketumbuhan tu dah berada di cuping hidung. kalau aku senyum nampak ketumbuhan tu terkeluar sedikit. Darah yang cair pun kerap keluar. Tisu yang aku beli 4 kotak abis seminggu. Sakit pun semakin terasa. Kepala jadi berat. Pipi  (right Mixiliary kata istilah doktor) hihihi pun sakit,.. Gigi dah rasa berlaga laga... sebab ketumbuhan tu menolak dah menolak rahang....Ketumbuhan tu sangat aktif. Hanya dalam tempoh 3 minggu ketumbuhan itu membesar.

Kena Biopsy lagi sekali. Pendarahan. Kena warded lagi semalam.. Kesian baby kat umah... mujur dah perah susu.... aku tak boleh mengalah. Baby mesti aku susukan sepenuhnya...Seminggu selepasnya. 1.4.2014. Aku ke Pusat Jantung Kota Samarahan untuk buat CT Scan. Pun macam tak percaya.. sebab inilah kali pertama aku masuk gegelung tuh lat muka.... cuma agak tak best dimasukkan cecair dalam badan sebelum CT Scan... sebab cecair itu menghadkan penyusuan aku seketika... Aku kena buang susu aku dalam tempoh 2 hari... untuk mengurangkan kesan ubat yang masukkan.

Next appoinment aku terima result biopsy hari tu. Sangat sangatla berdebar. Aku masih tak boleh terima sekiranya result tersebut adalah perkara yang tak ingin didengar.. Doktor tu buat saspen plaktu.... result aku tak sampai ke Pakar ENT. Dalam tempoh 1 jam result aku sampai.. Aku tutup muka nak dengar. Doktor cakap Nasal Hemangioma.Tu pun doktor kata tu belum finalize lagi sebab dia kata mesti bedah dulu ambil isi ketumbuhan yag sebelah dalam baru dapat pastikan jenis ketumbuhan. Maka aku dibedah pada 14.04.2014 pukul 7.00 pagi hingga 10.30 pagi..

Sebelum turun bedah Doktor tu pesan dengan lantang. Satu wad dengar "saya bagitahu ya, itu ketumbuhan kalau melekat dengan itu daging hidung, saya potong tepi...(doktor berbangsa cina) Dr. Tan. (Sambil tunjuk hidung dia) Aku kecut perut... Aku hanya mampu anguk n ambil gambar hidung aku sebelum dibedah... kot kot lepas ni akan ada parut....

Sedar sedar dari bedah... sangatla mengantuk... dari pagi sampai petang aku pening... Doktor kata banyak darah keluar...Hidung Aku tetiba rasa kosong...Mata aku tak lagi berair. Alhamdulilah... Aku bersyukur sangat hidung aku hanya dibedah dari lubang hidung sahaja...
Namun sebelum balik Doktor tu bagitahu ketumbuhan dalam hidung aku tu berpunca dari septum hidung (batang hidung) sekiranya ketumbuhan itu positif kanser maka aku akan dibedah semula untuk membuang semua batang hidung.... Ya Allah......aku terima ujian mu. Dan Aku berharap semuanya negatif....Aku besyukur pada Allah sebab dipilih untuk diberi ujian sebegini. Jika tidak mungkin aku akan terus lalai. Ujian ini memberi peluang aku lebih mendekatinya. Syukur Alhamdulilah.

Selepas seminggu iaitu pada 24.04.2014 aku ke Hospital semula untuk menerima keputusan biopsy selepas pembedahan.. Dan Alhamdulillah Doktor sahkan bukan kanser tapi Benign Spindle Cell Tumor. Aku pun tak tahu bendalah apakah itu.... Tapi sangat bersyukur....Terima Kasih Ya Allah memberikan aku Ujian yang semampunya aku lalui....














Thursday, April 10, 2014

Pengalaman bersalin Hanis 35 minggu 2hari

Lama dah x update ..... berhabuk dah blog aku ni.... fuh fuh fuh..

Hari ni dah genab sebulan Hanis dilahirkan...tapi pengalaman bersalin Hanis masih segar dalam ingatan n kenangan manis sampai bila2

10.3.2014 - Isnin
hari ketiga kehilangan MH370

6.30pagi
Seperti biasa aku kesekolah. Pagi tu jadual kelasku agak ketat. Bermula pukul 7.00-7.30  ada perhimpunan pagi. Tapi hari tersebut perhimpunan sekolah di tangguhkan disebabkan minggu ujian untuk tahun 5 dan tahun 6.

7.30-8.30 kelas matematik tahun 5. Xda benda heavy yang aku buat, cuma edar kertas ujian . Tapi lepas je edar kertas.. aku rasa sakit perut mcm senggugut. Mula2 aku x endah tapi bila dah sakit tu datang sekejap sekejap, Aku mula amik kertas omr yg lebih tu n start catat masa sakit perut tu datang. Since pengalaman bersalin ketiga tiga anak sebelum ni berbeza2, jadi aku tak tahu yang keempat ni macammana plak.

Abis kelas tu aku masuk plak kelas kedua
8.30-9.30 kelas English tahun 1. Kelas yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Kelas yang memerlukan aku sentiasa berjalan seluruh kelas untuk mengawal keadaan murid dan memastikan semua murid mengikuti aktiviti kelas.

Sakit perut aka kontraksi semakin kerap. Tapi aku masih x pasti sebab, kadar kontraksi tidak sekata (padahal tempoh tersebut dh 2 in 10 dlm bahasa nurse). Tempoh masanya 7 minit 8 minit ada yg 6 minit... dan ada sekali tu selang 3 minit. Aku sebenarnya kurang faham istilah kontraktion sekata.

Kelas pada hari tu aku berjalan dari meja ke meja murid perlahan jer sambil menahan kesakitan yang aku x berapa pasti sama ada kontraktion or sekadar braxton hick.

Aku bertahanla jugak sampai abis kelas tuh.. cepat2 ke bilik guru nak berehat sebelum ke kelas lepas rehat tuh.

Pada mulanya aku cadang nak balik rumah lepas kelas terakhir lepas rehat iaitu pukul 9.50 - 10.50. Masa dibilik guru sakit perut aku menjadi jadi. Aku minta izin nak balik awal n nak berehat kat umah.

Kawan2 1 bilik guru dah mula kecoh tengok aku kesakitan. Segan gak.. aku x bermaksud nak buat kecoh pun. Semua gara2 aku nak balik drive sendiri.  Kakak senior yang duduk sebelah meja ku offer nak hantar aku balik. Aku iakan je sebab malu + sakit.

Aku request hantar balik umah mertua aku jer n berehat kat sana.
Oleh kerana sepanjang perjalanan 5 minit tu aku 2 kali kontraktion,  Maka kakak tu corner masuk hospital sebab kebetulan kontraktion aku datang kat simpang hospital nak masuk spital.

Sampai spital je terus ke ward bersalin. Semuanya berlaku dengan pantas. Sedar x sedar aku dh ada kat katil dalam labour room. Aku sempat tgk jam pukul 9.40 am.

Staf nurse ready nak check bukaan, 8cm katanya... sementara nk tunggu full, nurse yang bantu tu interview aku

pukul berapa start sakit

Anak paling kecik umur berapa

Tu je soalan yang aku ingat

Tiba2 aku rasa baby dh nak keluar.. aku cepat2 panggil staf nurse yang jalan2 sebab nak tunggu baby kuar...

Tiba2 dia jerit" ok.. it coming"
Alhamdulilah syukur pada Allah...dengan sekali teran Hanis pun lahir kedunia.

Jam 10.04 pagi
baby girl
berat 2.2kg
ofc 29cm
panjang 46cm


Friday, April 26, 2013