Doaku untuk anakku


" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Monday, March 11, 2013

Baby Dif was born on 28 July 2011

Ni gambar 2 jam sebelum deliver kat kamera ni tulis (7.31 pg) datang2x terus amik sample darah nak cek tahap gula dalam darah sebab kena detect kencing kotor dan kena suh buat ujian MOGTT (Modified Oral Glucose Tolerance Test). Datang hospital pun x plan nak bersalin pun sebab tu  x bawa apa2x just kad klinik..yelahkan 5 more weeks to go. 
 
 Lepas amik darah  buat CTG plak.. Dalam kul 8.30 macam rasa sakit perut nak membuang... buat x tau je.. dah biasa rasa cam tuh.. tapi makin kerap plak.. last2x bawa pergi tandas.. lepas duduk kat mangkuk tandas...lain lain rasanya..x plak nak membuang.... keluar dari tandas terus ke kaunter bagitahu nurse sakit perut.. nurse bawa pergi bilik observation.. cek bukaan .... 7cm dah... cepat2x nurse suh masuk labour room.


 
Kat labour room plak ada patient yang baru lepas bersalin... katil belum kemas... (kat luar bandar
ni labour room 1 je). Tunggula kejap kat luar dalam 3 minit. Pastuh leh je masuk. naik katil aku rasa macam nak teran je. Nurse x suh sebab baru nak pasang sarung tangan. Cek dah full bukaan...Doktor Pakar datang (sebab kes premature labour).

Bila semua dah sedia....Aku teran 3 kali. Alhamdulilah Muhammad Hadif Rusyaidi bin Razmi lahir pada 28.7.2011 9.53pg berat 2.4kg. Dalam 1/2 jam pastuh kuar dari labour room masuk wad... Rasa cam x best sangat sebab bersalin xda sapa sapa  disisi. Aku terus fon asben aku.. Huhu xdpt kol sebab tengah merasmi Sukan sekolah. Aku kolla Mil aku...

"Assalamualaikum pa, Zila ni "
"Ha Zila dah siap? leh Ambil sekarang ke?" (yelahkan MOGTT kan ambik masa 2 jam baru leh ambik bacaan kedua n baru boleh makan n balik)

"Xla pa, Zila dah bersalin, nak  minta tolong bawakan beg kat dalam keta"
"yeke? camna lak leh bersalin? alhamdulilah.. boy or girl?"
"boy"
"Syukur, ok kejap lagi kami datang"

Alkisah asben aku 2 jam lepas tu baru tahu.... :(

























Ruang comel rumah Aat


Sunday, March 10, 2013

Rumah Terbalik Kota Kinabalu

Kenangan Kerumah Terbalik Tahun lepas 2012
 
Tahun lepas punya cerita baru ada masa nak upload kat blog.... dapat peluang pergi ke rumah terbalik Kota Kinabalu... Rasa lucu seronok semua ada... Tempat ni kat Tamparuli, Sabah. 45 minit dari KK. Tiket? RM10 dewasa, RM5 kanak kanak, baby 2 tahun kebawah free. Masuk kena beratur, boleh masuk 15 orang sekali rombongan... takut roboh.. yelakan kita nak jalan atas siling lantainya. Syarat masuk tak boleh amik apa2x photo pun... semua gerak geri diperhati oleh CCTV. Kalau nak buat gak... boleh.. 1 gambar RM100.

Beli tiket tuk semua... Alih2x anak aku yang sulung x masuk pun... takut kat cicak... masuk2x pintu tengok cicak replica bersapah kat lantai(siling)...macam kat umahla.. ada cicak kat siling tapi terbalik....masukla kami bertiga je...
 
Bagi aku, just nice la.. xdalah begitu "wahhh".. bila dah masuk sekali dah cukup... untuk kali kedua xda dah memikirkan tiketnya tuh....
 
 












SK Melayu Pusat

Selepas ini, segala aktiviti formal sekolahku, aku x letak kat label "kerja" Tapi kat label "SK Melayu Pusat" kat "kerja" cuma omelan aku tentang kerja yang aku buat seharian.. harap maklum...

Saturday, March 9, 2013

Ke Sipitang

Tadi ke Sipitang ngan Makcik Bariah n Pakcik Durahman yang 1st time datang ke Limbang...Bawak derang jalan2x Limbang n terus ke Lawas n Sipitang, Sabah..... seronok gak, buat pengubat hati perasan yang sunyi nih... Makan2x satay n Bakso..kenyang weh... pergi tghari balik malam...release tension gak walaupun agak letih melayan kerenah anak2x yang x duduk diam sepanjang perjalanan. Tak de pe pun di beli tapi balik bawa ikan n sate haha.
Sebelum balik ke Limbang kami singgahla jap kat Masjid Sipitang tuk Solat Asar.. Semua orang dah masuk kereta.. tinggallah Pakcik aku...1 min 2 min 3 min belum gak ada.. selalunya dia dulu yang sampai.. kami pun tertanya tanya manalah pakcik ni pergi... takkan sesat kot... masing masing buat kesimpulan sendiri.. rupanya kesimpulan aku yang betul... pergi ik ik. Hehe....Anak aku yang gelisah menunggu tanya atuknya tuh:
" Lamanya nek, pergi mana?"
" Pergi tandasla..."
"Nenek ni ALASAN!!!"
Wah wah.. terkejut aku ...neneknya ketawa terbahak bahak. aku x pernah ajar pun cakap macamtuh.. baru aku terperasan tu dialog yang upin ipin selalu sebut... kuat sungguh pengaruh kartun nih ek?