Doaku untuk anakku


" Ya Allah peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Wednesday, April 3, 2013

Tiada lagi 'ibu'

Hehehe.. balik dari tadika ... tertunggu tunggu gelagat Anan hari ni...
kot kot masih dengan panggilan "ibu"..

Huh.. lega...
Semua dh tukar ke Mama... hehe
*Sayangku Hannan & Huda

Ibu ? Mama ?

Ye Ye ibu dah datang...." Ibu ! Ibu ! Anan nak beli keropok..., " minta Anan sejurus masuk kereta... Aku blur... "

Aku layan je,
" Anan nak apa tadi?
" Anan nak keropok la IBU"

 Apakah?
 sejak bila pulak MAMA jadi IBU?

Mamala Anan... bukan Ibu..
Ibula bukan Mama
Mamala bukan Ibu
Waaaaaaaaaaaaaa Ibula bukan Mama

okla okla.. panggil ibu...

Seharianlah Anan panggil aku ibu..
aku belum ada kesempatan lagi nak Tanya kenapa?
tengok esok lagi.. masih ke tak panggil Ibu... :)

Friday, March 29, 2013

Diet Hancus...

Alhamdulilah baru sampai dari Miri.... semestinya diet ku hancur sehancur hancurnya... Selepas shopping baju anak2x kat Emart.. semestinya lapar giles... Asben aku ajak makan kat D selera Kelate Miri.... x ingat diet dah .... dah tu....order Nasi Kerabu + air teh.... lupa terus dah carbo tuh ... Bukan setakat tu.. check in Hotel...rehat sekejap... pastuh gi round Bintang Plaza.... sekali melantak Big N Tasty Mc D+ Coke... Hancus giler dh.....

Malam tu sedih.. sebab mensia siakan usaha selama ni.... tapi hari ni masih x insaf.. dah alang2x hancus.. haha.. makan nasi 2 kali nasi ayam lalapan plak tu.. baliknya makan burger McD lagi.. Astaghfirullah

Xpalah.. ingat Isnin nanti nak mula balik induction...... mudah mudahan kali ni x kantoi lagi.....

Wednesday, March 27, 2013

:: Selamat Hari jadi Huda :: ~ 5 tahun ~

HEPI BESTDAY SAYANGKU ~ HUDA~ KE 5 TAHUN
LOKASI : RUMAH "RUMAH NENEK AJI"
MASA : 11.00 PAGI
TARIKH : 27 MAC 2013

Hehe macam buat kad kenduri kawin....


Kek Princess seperti yang dijanjikan buat Huda... Semoga jadi anak solehah



*Hadif paling excited
*Huda (bufday girl) macam dah letih
*Hannan gelisah topeng x nampak mata

Seperti biasa Hadif paling gembira dapat peluang potong kek.. kalau boleh nak lagi nak lagi dan nak lagi..... hahaha