Jeng jeng jeng.
Double line... adoi... terang plak tu... sangat2x terang... so suprise... Aku jadi keliru dengan perasaan aku sekarang. Ya aku redha dengan rezeki yang dikurniakan. Cuma bermacam-macam yang bermain difikiran aku terutamanya tentang cuti aku yang dah abis guna 300 hari.. waaaaa... mulala google tentang cuti separuh gaji cuti tanpa gaji cuti menjaga anak. Alhamdulillah aku lega....
Aku flash back balik... patutla seminggu sebelum peod payudara aku sakit yang amat huhu.. Macam-macam aku fikir . Aku jadi down bila aku tanya pakcik google jawapan dia semua negative. Aku dah plan nak jumpa doktor nak buat mamogram. Tapi oleh kerana kengkangan tugas aku tangguhkan dan tunggu masa yang sesuai. Selain tu kaki aku kram malam2x. Masa pregnan sebelum ni takda pun masalah-masalah gini. Mungkin faktor umur jugak. Umur dah lanjut katakan.
Paling aku risau aku ni on medication amik ubat darah tinggi, tentu tentu ubat yang aku amik sekarang ni x sesuai dengan kandungan aku. Serba salah aku dibuatnya. nak makan x ubat tu. Akhirnya aku amik keputusan pergi klinik ibu dan anak. Janggal rasanya sebab lama dah x jejak klinik tu hahaha.
23.8.2017
Aku masuk je klinik tu aku aku rasa semua orang tengok aku. padahal orang tak heran pun. Perasaan aku je. Aku ke kaunter, nurse tu tanya tujuan aku. Aku kata nak cek kehamilan. Opss Sorry cik kak. Skarang dah pukul 3 dah lewat. Minggu ya datang.... Tapi nurse kalau saya nk jumpa doktor je boleh. Kenapa ye, sebenarnya saya ni cek sendiri macam positif mengandung, dan dalam masa yang sama tengah makan ubat darah tinggi, boleh ke saya teruskan ubat tu?
Nurse tu jadi serba salah, dia suruh aku tunggu sekejap. Pastu dia keluar balik dan benarkan aku cek kehamilan seterusnya buka buku merah. Inilah buku merah aku yang paling awal aku bukak. Seawala kandungan 4 minggu 1 hari hahaha... dapatla aku jumpa doktor dan dapat ubat darah tinggi yang sesuai untuk orang mengandung.
Maka bermulala rutin aku setiap bulam ke Klinik. Hmmm rezeki.
Malam tu aku confess tentang kandungan aku kat suami. Suami aku hanya senyum dan cakap Alhamdulillah Tahniah.... itu jer? alahai... hahaha
Minggu depan aku akan scan sebab scan hari tu masih belum nampak. sebab doktor nak pastikan LMP yang aku bagitahu hari tu betul ke tidak..
K nanti lepas scan aku bagitahu lagi apa resultnya yer..
Doakan aku yer dapat menempuh semula tempoh mual dan mutah muntah aku dengan baik. Insyaallah.